TENAGA

Hukum Newton
Peserta diberi pendedahan mengenai fungsi tenaga dan daya yang bertindak ke atas objek. Aktiviti yang terdapat dalam sub unit ini ialah:
Aktiviti 1: Payung Terjun
Aktiviti 2: Roket Belon

Asas Elektrik dan Hukum Ohm
Peserta diberi pendedahan mengenai konsep asas elektrik yang merangkumi Hukum Ohm iaitu voltan, arus elektrik dan rintangan. Aktiviti yang terdapat dalam sub unit ini ialah:
Aktiviti 1: Menyala Ke Tak??
Aktiviti 2: Litar Flasher

Hukum Faraday
Peserta didedahkan kepada sifat magnet dan aplikasinya. Aktiviti yang terdapat dalam sub unit ini ialah:
Aktiviti 1: Kemagnetan

Persekitaran Global
Peserta didedahkan kepada kesan peningkatan suhu bumi yang disebabkan oleh aktiviti manusia dan secara semulajadi. Aktiviti yang terdapat dalam sub unit ini ialah:
Aktiviti 1: Ujian Kesan Rumah Hijau
Aktiviti 2: Membuat Hujan di dalam Botol

Kelestarian di Dalam Penjanaan Kuasa
Peserta didedahkan kepada penghasilan sumber tenaga dari bahan-bahan yang terdapat di sekitar peserta. Kaedah ini bagi membuka minda peserta terhadap sumber tenaga alternatif yang mampu dihasilkan menggunakan kreativiti peserta. Aktiviti yang terdapat dalam sub unit ini ialah:
Aktiviti 1: Sel Bahan Api Hidrogen
Aktiviti 2: Bateri Bio

Tenaga Keterbaharuan
Peserta didedahkan kepada sumber tenaga semulajadi yang boleh diperbaharui.Tenaga keterbaharuan merupakan salah satu sumber tenaga alternatif yang mampu memenuhi keperluan sumber tenaga seharian. Aktiviti yang terdapat dalam sub unit ini ialah:
Aktiviti 1: Fabrikasi Panel Suria
Aktiviti 2: Hidroelektrik Mini
Aktiviti 3: Kereta Lumba Suria

Biomimikri
Peserta didedahkan kepada konsep biomimikri yang merupakan satu konsep untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh manusia dengan mengambil inspirasi dari pergerakan benda hidup di sekeliling. Aktiviti yang terdapat dalam sub unit ini ialah:
Aktiviti 1: Mereka Bentuk dan Fabrikasi Robot Biomimetik