Bersiaran Langsung Wacana Madani Siri 2: “Memartabatkan Bangsa Malaysia bagi Menzahirkan Malaysia Madani”

Siri Wacana Madani Siri 2 telah berlangsung di Persada Canselori hari ini. Perkongsian kali ini bertajuk “Memartabatkan Bangsa Malaysia bagi Menzahirkan Malaysia Madani”
Wacana ini menampilkan Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti, Dato’ Dr. Mohammad Agus Yusoff; Penganalisis Politik dan Kerajaan, Dr. Al-Azharri Siddiq Kamunri; dan Penolong Profesor Fakulti Industri Kreatif Universiti Tunku Abdul Rahman, Dr. Charanjit Kaur sebagai panel. Turut hadir memeriahkan majlis adalah Pro Naib Canselor (Strategi dan Pembangunan Korporat) Prof Dato Dr Roslee Rajikan.