Kunjungan Hormat Persatuan Penolong Pegawai Tadbir Universiti Kebangsaan Malaysia (PERPENTA UKM)

YBhg. Dato’ Dr. Syed Kamarudin Hj. Sadakkuthulla, Pendaftar UKM menerima kunjungan Hormat PERPENTA UKM pada 27 Jun 2023 bertempat di Jabatan Pendaftar UKM. Kunjungan ini diketuai oleh En. Barudin Baharin, Presiden persatuan Penolong Pegawai Tadbir UKM (PERPENTA UKM).
Sesi kunjungan ini membincangkan hala tuju pembangunan bakat dan kepimpinan staf Penolong Pegawai Tadbir UKM, program dan kursus staf yang sesuai serta pemerkasaan dalam konteks kepimpinan. YBhg. Dato’ Pendaftar berharap segala cadangan penambahbaikan hasil daripada pertemuan ini dapat membantu dalam usaha mencapai hala tuju serta matlamat dalam pembangunan bakat dan kebajikan staf dapat di realisasikan.
Turut hadir adalah barisan Ahli Majlis Tertinggi PERPENTA UKM iaitu Encik Haris Mohd Hassan (Timb. Presiden), Puan Norfadzillah Che Mat (Penolong Setiausaha), Encik Muhammad Zulhilmi Ismail (Bendahari), Puan Nur Azeanty Wahi Anuar (Exco Media & Komunikasi), Encik Ahmad Bukhari A.Latib (Exco Media & Komunikasi), Encik Mohd Nizam Manap (Exco Kerjaya & Latihan), Puan Nabihah Haron (Exco Kerjaya & Latihan), Encik Hasan Omar (Exco Sukan & Rekreasi), Puan Sharifah Sazalina Syed Abd. Hamid (Exco Sukan & Rekreasi), Encik Aliff Haiqal Bin Zahid (Exco Penjanaan & Ekonomi)