Sesi Perkongsian Anugerah Bitara UKM bersama Ts. Dr. Idris Zulkifle dan Encik Harith Faruqi Sidek

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Dimaklumkan bahawa Pusat Strategi UKM sebagai sekretariat anugerah di peringkat UKM menjemput semua warga ke Sesi Perkongsian Anugerah Bitara UKM seperti butiran berikut:

Tajuk : Sesi Perkongsian Anugerah Bitara UKM
Tarikh : 26 Julai 2023 (Rabu)
Masa : 9.00 pagi

Penceramah :
1. Ts. Dr. Idris Zulkifle
Penerima Anugerah Bitara Keterlibatan Masyarakat (Bukan Akademik)
2. Encik Harith Faruqi Sidek
Penerima Anugerah Bitara Keunggulan Perkhidmatan (Pengurusan & Profesional)

Sesi perkongsian ini akan diadakan menggunakan platform zoom dan boleh dicapai melalui pautan berikut: http://surl.li/jggjh

Penyertaan dalam sesi perkongsian ini juga akan didaftarkan dalam sistem UrusBakat UKM.

Semua dengan segala hormatnya dijemput untuk menyertai sesi perkongsian ini.

Sekian, terima kasih.