Latar Belakang

Sehingga tahun 2013, UKM telah menyertai lapan (8) kategori penarafan bagi mengukur sejauh mana kedudukan UKM di peringkat antarabangsa. Walau bagaimanapun, pada tahun 2014, UKM hanya menyertai penarafan di bawah anjuran QS sahaja. Ini adalah persetujuan bersama Mesyuarat Pengurusan Universiti. Antara penarafan yang telah disertai adalah:

  1. QS World University Rankings
  2. QS Asian University Rankings
  3. QS Top 50 Under 50
  4. THE World University Rankings
  5. THE Asia University Rankings
  6. THE Top 100 Under 50
  7. U Multirank
  8. UI Greenmetric World University Rankings

QS World University Rankings

QS World University Rankings pertama kali diperkenalkan pada tahun 2004. Sehingga kini ianya telah disertai lebih daripada 2,000 institusi dan telah memberi penarafan lebih daripada 800 institusi seluruh dunia. Kedudukan tangga bawah 400 atas adalah kedudukan individu, manakala mereka yang diletakkan kedudukan 401 dan ke atas adalah disenaraikan dalam kumpulan. Terdapat 5 kriteria yang diukur di dalam penarafan ini iaitu:

  • Research Quality (60%)
  • Teaching Quality (20%)
  • Graduate Employability (10%)
  • Internationalisation (10%)

QS Asian University Rankings

Pada tahun 2009, QS telah memperkenalkan penarafan (ranking) universiti yang baru iaitu yang memberi tumpuan kepada universiti-universiti di Asia, benua yang terbesar dan paling ramai penduduk di dunia.

Metodologi penarafan ini agak berbeza dari apa yang digunakan bagi QS World University Rankings berdasarkan maklum balas yang dikumpul daripada rantau ini. Penilaian pakar dan kesediaan data merupakan faktor penting. Sembilan (9) kriteria diambil kira di dalam penarafan ini iaitu:

  • Academic Reputation (30%)
  • Paper per Faculty (15%)
  • Citations per Paper (15%)
  • Employer Reputation (10%)
  • Faculty Student (20%)
  • International Faculty (2.5%)
  • International Student (2.5%)
  • Inbound Exchange (2.5%)
  • Outbound Exchange (2.5%)

QS Top 50 Under 50

QS Top 50 Di bawah 50 telah diperkenalkan untuk menarik perhatian kepada pencapaian institusi yang berada di bawah usia 50 tahun dan menganggap adalah tidak adil bagi mereka untuk bersaing dengan universiti-universiti mantap dalam kedudukan normal. Kriteria yang diukur adalah:

  • Size
  • Focus
  • Research Intensity
  • Age

THE World University Rankings dan THE Asia University Rankings

Times Higher Education World University Rankings oleh Thomson Reuters adalah penarafan global yang menilai prestasi universiti bertaraf dunia dalam semua aspek iaitu – pengajaran, penyelidikan, pemindahan pengetahuan dan pandangan antarabangsa. Kedudukan universiti terkemuka menggunakan 13 petunjuk prestasi ditentu ukur dengan teliti untuk memberikan perbandingan yang paling komprehensif dan seimbang di mana ianya  dipercayai oleh pelajar, ahli akademik, pemimpin universiti, industri dan kerajaan.

THE Top 100 Under 50

Times Higher Education Top 100 Di bawah 50 adalah penarafan (ranking) 100 universiti terbaik di bawah 50 tahun. Ianya memfokuskan kepada pencapaian masa hadapan di mana terdapat banyak universiti di bawah usia 50 tahun yang menunjukkan peningkatan potensi sebenar. Antara kriteria yang diukur adalah:

  • Research (30%)
  • Citations (30%)
  • Teaching (30%)
  • International Outlook (7.5%)
  • Industry Income (2.5%).

U Multirank

U-Multirank adalah merupakan penarafan yang baru diperkenalkan pada tahun 2013. Ianya menggunakan pendekatan baru di mana penarafan ini melibatkan pelbagai dimensi. Dimensi yang terlibat adalah:

  • Teaching and Learning
  • Research
  • Knowledge Transfer
  • International Orientation
  • Regional Engagement

Dengan adanya penarafan ini, institusi boleh  membangunkan kedudukan peribadi dengan memilih petunjuk dari segi pilihan mereka sendiri. Keputusan kedudukan institusi akan diterbitkan pada awal tahun 2014 yang meliputi sekurang-kurangnya 500 institusi pengajian tinggi di Eropah dan seluruh rantau. Kedudukan institusi berasaskan kepada bidang yang telah ditentukan iaitu Kejuruteraan, Perniagaan dan Fizik. Walau bagaimanapun pihak urusetia akan meluaskan penyertaan bidang pada tahun hadapan.

UI Greenmetric World University Rankings

Penarafan ini telah diperkenalkan semenjak April 2010. Ianya bertujuan untuk menyediakan profil dan kaedah membandingkan komitmen institusi pengajian tinggi ke arah bumi hijau. Penarafan ini akan menggalakkan kesedaran institusi pengajian tinggi mengenai pemanasan global dan iklim dengan membantu mengurangkan pengeluaran karbon, kecekapan penggunaan tenaga, pengangkutan alternatif, kitar semula, dan kampus hijau.

Objektif

Penarafan ini membantu UKM untuk menilai dan melihat kedudukan UKM di peringkat antarabangsa dan secara tidak langsung, ianya dapat memacu UKM sebagai salah sebuah Universiti terbaik di dunia.

Aktiviti/Proses

Pengumpulan data

Data yang dikumpul adalah berbeza mengikut jenis penarafan. Bagi data untuk penarafan QS WUR, QS AUR, QS WURS, QS Top 50 Under 50, data yang  diinput hanya melibatkan data di dalam penarafan QS AUR sahaja. Pihak QS akan menggunakan data yang sama untuk jenis penarafan yang lain-lain.

Pengesahan Data

Data yang diterima oleh Strategi-UKM adalah data yang telah disahkan diperingkat PTJ yang menyediakan data tersebut.