JEMPUTAN KE DEBAT MADANI 2023
JEMPUTAN KE DEBAT MADANI
Universiti Kebangsaan Malaysia melalui Pusat Strategi UKM ingin menjemput Warga Universiti untuk menyertai Debat Madani 2023 yang akan diadakan seperti berikut:
Tarikh. : 21 Ogos 2023 (Isnin)
Masa.  : 8.30 pagi hingga 5.00 petang
Tempat : Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR) UKM
Program Debat Madani 2023 juga akan disiarkan melalui siaran langsung UKMLive di Facebook Rasmi UKMOfficial (https://www.facebook.com/UKMOfficial/) dan Youtube UKM Live (http://live.ukm.my)
Majlis ini akan dirasmikan oleh YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia dan akan menampilkan cendekiawan dari dalam dan luar negara.
Kehadiran semua akan didaftarkan dalam sistem UrusBakat UKM dan peserta akan menerima e-sijil.