Penarafan Healthy University Rating System (HURS) 2023
UKM berjaya mencapai 5+ bintang (5 stars plus) dalam penarafan Healthy University Rating System (HURS) 2023 anjuran Asean University Network (AUN) berbanding pencapaian 5 bintang dalam HURS 2022.
Pencapaian cemerlang ini adalah hasil peningkatan usaha promosi kesihatan, termasuk peningkatan bilangan staf yang menjalani pemeriksaan kesihatan; kurikulum dan kokurikulum yang mempromosi kesihatan; penyelidikan berkaitan kesihatan; kawalan dan kesedaran berkaitan alkohol, penyalahgunaan dadah dan perjudian; dan aktiviti yang meningkatkan pengetahuan serta pembudayaan kesihatan dalam kalangan staf dan pelajar.
Hasil dari pencapaian cemerlang ini, UKM juga dijemput untuk berkongsi amalan terbaik pengurusan promosi kesihatan dalam seminar bertajuk “Managing Health Promoting University to Improve Healthy Lifestyle after the Pandemic” di Universitas Gadjah Mada, Indonesia mewakili AUN-HPN (Asean University Network – Health Promotion Network). UKM akan diwakili oleh Prof. Madya ChM. Dr. Siti Fairus Mohd Yusoff, Timbalan Pengarah Eksekutif (Kecemerlangan & Kebitaraan), Pusat Strategi UKM dan Dr. Masdalina Azhari, Pengarah Pusat Kesihatan Universiti pada 17 Mei 2024.