Sukacita dimaklumkan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) melalui MBOT akan menyampaikan penganugerahan khas buat Teknologis dan Juruteknik negara bagi menghargai kejayaan dan sumbangan mereka dalam pembangunan negara dan masyarakat melalui Anugerah berikut:
- Anugerah Teknologis Negara 2024
- Anugerah Juruteknik Negara 2024
Sehubungan dengan itu, Pusat Strategi UKM sebagai sekretariat anugerah di UKM dengan sukacitanya mempelawa dan mengalu-alukan warga UKM yang layak untuk menghantar pencalonan dengan berbuat seperti yang berikut:
- Meneliti maklumat berkaitan anugerah seperti syarat, kriteria, dan tatacara pencalonan di sini;
- Memuat turun dan melengkapkan Borang Pencalonan dan Senarai Semak Dokumen Pencalonan yang dilampirkan di pautan di atas; dan
- Menghantar pencalonan dengan memuat naik Borang Pencalonan, Senarai Semak Dokumen Pencalonan dan dokumen-dokumen lain yang telah lengkap diisi dan disediakan melalui Google Form ini selewat-lewatnya pada 3 Jun 2024 dan menghantar emel pemakluman kepada amalinarahman@ukm.edu.my dan tpestrategi2@ukm.edu.my untuk makluman Pusat Strategi UKM.
Untuk sebarang pertanyaan berkenaan penyelarasan di peringkat UKM, warga boleh menghubungi Puan Nurul Amalina Abdul Rahman di talian 03-8921 5234 atau melalui e-mel amalinarahman@ukm.edu.my. Persoalan lanjut mengenai prosedur pencalonan dan lain-lain berkenaan anugerah boleh diajukan kepada sekretariat di MOSTI iaitu Puan Junita Idura Osman (o.idura@mbot.org.my / 03-8800 6204) atau Mohamad Safwan bin Mustafar (m.safwan@mbot.org.my / 03-8800 6205).
Selamat maju jaya diucapkan kepada semua calon.