Healthy University Rating System (HURS) Workshop

UKM berbesar hati menerima jemputan sebagai penceramah jemputan di Healthy University Rating System (HURS) Workshop yang bertempat di Bangkok pada 8 Julai 2024 dan disertai oleh wakil-wakil universiti luar negara. Atas kejayaan cemerlang UKM memperoleh ‘5 stars plus’ dalam HURS 2023 anjuran ASEAN University Network- Health Promotion Network (AUN-HPN), UKM dijemput untuk berkongsi inisiatif promosi kesihatan dan amalan terbaik yang bertajuk ‘Learn and Share Best Practices of the Top Stars Universities of HURS’.
PM. ChM. Dr. Siti Fairus Mohd Yusoff, Timbalan Pengarah Eksekutif (Kecemerlangan dan Kebitaraan) mewakili UKM menyampaikan pembentangan tersebut, selain turut menghadiri HURS Workshop ‘Improving Healthy University Implementation Based on Healthy University Rating System (HURS)’.

Similar Posts