Bengkel Semakan Pencapaian Prestasi KPI Strategik

Naib Canselor, Prof. Dato’ Gs. Ts. Mohd Ekhwan Hj. Toriman hadir merasmikan Bengkel Semakan Pencapaian Prestasi KPI Strategik UKM Penggal Pertama Tahun 2024 di Bangi Avenue Convention Centre, hari ini.
Bengkel yang dihadiri oleh 85 orang peserta ini diadakan bagi meneliti pencapaian KPI Strategik UKM sehingga pertengahan tahun 2024, mendapatkan input dari Fakulti/Institut/Pusat, serta membincangkan tindakan strategik yang bersesuaian untuk melaksanakan KPI Universiti bagi tempoh seterusnya.

Bengkel ini turut dihadiri oleh semua Timbalan Naib Canselor, Dekan-Dekan Fakulti, Pengarah-Pengarah Institut, dan Pengarah Pusat Perkhidmatan.

Similar Posts