Bengkel Pemurnian Laporan Analisis Sustainability Literacy & Knowledge

Bengkel Pemurnian Laporan Analisis Sustainability Literacy & Knowledge telah diadakan pada 23 September 2024 di The Everly Putrajaya Hotel. Bengkel ini diadakan sebagai peringkat terakhir dalam proses tinjauan komprehensif yang dimulakan oleh UKM untuk menilai literasi kemampanan merentas komuniti akademik, bukan akademik dan pelajarnya. 
 
Laporan akhir ini bukan sahaja menunjukkan komitmen UKM untuk memupuk masyarakat yang mementingkan kelestarian tetapi juga berfungsi sebagai penanda aras untuk inisiatif kemampanan masa depan dalam pendidikan tinggi. UKM terus berada di barisan hadapan dalam mengintegrasikan kelestarian dalam program akademik, amalan operasi dan budaya kampus serta memperkukuh peranannya sebagai peneraju wilayah dalam pembangunan mampan.
 
 

Similar Posts