Hari Informasi Pusat Strategi UKM
Pusat Strategi UKM telah mengadakan Hari Informasi Pusat Strategi UKM pada 20 November 2024 di Akademia Siber Teknopolis (AST), UKM.
Hari Informasi Pusat Strategi UKM adalah bertujuan untuk menerangkan fungsi dan aktiviti di bawah Pusat Strategi UKM secara menyeluruh kepada semua warga untuk memastikan warga memahami peranan dan tanggungjawab masing-masing serta memberi kerjasama dalam menjayakan agenda universiti.
Antara perkongsian dan aktiviti yang diadakan sepanjang program ini adalah Sesi Perkongsian Menarik dari Prof. Madya Dr. Mohd Zakree Ahmad Nazri, Timbalan Pengarah Eksekutif (Data Strategik) dengan tajuk Mesti Tahu! Kepentingan Anda Sebagai Penyumbang Data UKM. Nak Tahu Tak? Bagaimana Daftar Anugerah dari Prof. Madya ChM. Dr. Siti Fairus Mohd Yusoff, Timbalan Pengarah Eksekutif (Kecemerlangan & Kebitaraan), Jom Ambil Tahu: Klinik pemantauan QS Subject dari Dr. Lim Kar Keng, Timbalan Pengarah Eksekutif (Prestasi & Penarafan) dan Wajib Tahu: Menjiwai Lestari dari Prof. Madya Sr Ts. Gs. Dr. Khairul Nizam Abdul Maulud, Timbalan Pengarah Eksekutif (Kelestarian).
Selain itu, aktiviti & pertandingan yang lain seperti diberikan t-shirt eksklusif untuk 200 peserta terawal yang mendaftar dan hadir, pameran reruai, jualan hasil tanaman botani dari Taman Botani Bangi, pengumpulan fabrik terpakai dari Kloth Cares, lori kitar semula dari Idaman Xchange, saringan kesihatan percuma dari Pusat Kesihatan Universiti (PKU) UKM, cabutan bertuah dan kuiz, pertandingan fotografi & reka bentuk poster kesihatan serta jamuan disediakan.
Pusat Strategi UKM merakamkan ribuan terima kasih kepada peserta dan pemenang yang menyertai program ini.