Bengkel Matlamat Pembangunan Mampan (SDG)

Seramai 83 warga UKM yang terdiri daripada pengurusan tertinggi, peneraju Matlamat Pembangunan Mampan (SDG), ahli-ahli jawatankuasa SDG UKM dan urusetia Pusat Strategi telah menghadiri Bengkel Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) di Lexis Port Dickson, hari ini.
Bengkel yang diadakan selama dua hari bermula 22 Jun 2024 ini diadakan bagi mendapatkan maklum balas dan penambahbaikan pelaporan penarafan kelestarian, THE Impact Rankings 2025 bagi penilaian tahun 2023.
Naib Canselor, Prof. Dato’ Gs. Ts. Dr. Mohd Ekhwan Hj. Toriman yang hadir ke majlis perasmian penutup bengkel ini menyarankan agar warga UKM bekerjasama bagi menyokong dan terlibat sama dalam pelan tindakan bagi melonjakkan kedudukan UKM dalam THE Impact Rankings.
Beliau juga merakamkan ucapan terima kasih kepada urusetia utama yang telah menganjurkan bengkel ini dengan menyediakan pelan tindakan yang lebih komprehensif bagi menjayakan agenda SDG UKM menerusi input yang diberikan oleh para peserta.
Turut hadir, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa, Prof. Dr. Abdul Halim Abdul Gafor; Pro Naib Canselor (Penjanaan dan Prasarana), Prof. Dr. Norhamidi Muhamad dan Tuan Hj. Zanudin Mohd Daud, yang Menjalankan Fungsi Pendaftar UKM.
May be an image of 2 people, people studying, dais and text
May be an image of 3 people and text
May be an image of 9 people, people studying, table, dais and text
May be an image of 4 people and dais
May be an image of 11 people, people studying, table and dais

Similar Posts