Lawatan dari Bahagian Perancangan & Prestasi Korporat, Universiti Utara Malaysia
Pusat Strategi UKM telah menerima lawatan dari Bahagian Perancangan & Prestasi Korporat, Universiti Utara Malaysia (BPPK UUM) bagi sesi Lawatan Perkongsian Tadbir Urus.
Sesi lawatan hari ini dimulakan dengan ucapan aluan oleh YBhg. Prof. Dato’ Dr. Roslee Rajikan, Pro Naib Canselor (Strategi & Kewatanan) merangkap Pengarah Pusat Strategi UKM dan diteruskan dengan sesi taklimat tadbir urus oleh Lt. Kol. Bersekutu (PA) Prof. Madya Sr Ts. Gs. Dr. Khairul Nizam Abdul Maulud, Timbalan Pengarah Eksekutif merangkap Timbalan Pengarah Kelestarian.
Lawatan ini adalah bertujuan untuk mempelajari kejayaan dan pengalaman UKM, khususnya bagaimana UKM mengintegrasikan kelestarian dalam perancangan strategik dan operasi.
Pihak Bahagian Perancangan & Prestasi Korporat, Universiti Utara Malaysia juga ingin mendapatkan perkongsian pandangan serta hala tuju berkaitan perancangan strategik keseluruhan di UKM. Selain itu, membincangkan mengenai strategi dan amalan terbaik UKM berkaitan inisiatif ESG yang menyumbang kepada prestasi cemerlang UKM dalam kedudukan THE Impact Ranking serta QS Sustainability Ranking
Lawatan dari Universiti Utara Malaysia ini dihadiri oleh 7 orang kakitangan Bahagian Perancangan & Prestasi Korporat. Diketuai oleh Pengarah BPPK, Prof. Madya Dr. Mazni Binti Omar bersama barisan pengurusan BPPK. Turut hadir timbalan-timbalan pengarah dan pegawai Pusat Strategi UKM.