Lawatan Penanda Aras Institut Seni Sabah Bersama Rakan Strategik Chengdu ke UKM

Lawatan Penanda Aras Institut Seni Sabah Bersama Rakan Strategik Chengdu ke Universiti Kebangsaan Malaysia telah diadakan pada 29 Oktober 2024 di Bilik Mesyuarat Pusat Strategi UKM.

Lawatan ini diketuai oleh YBhg. Prof. Dato’ Seri Dr. Sir Wilson Yong, Presiden Institut Seni Sabah dan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan untuk Malaysia-China Business Council, bertujuan untuk membincangkan penawaran program siswazah antarabangsa dalam bidang Perubahan dan Sains Kesihatan di Chengdu.

Ini adalah peluang yang baik untuk berkongsi pengalaman dan bertukar pandangan mengenai inisiatif pendidikan yang boleh memperkukuh kerjasama antara institusi UKM dan Rakan Strategik Chengdu.

Similar Posts