Majlis Pelancaran Kampus Rendah Karbon UKM 2030 Bersempena Sambutan Ulang Tahun Pusat Strategi Dan Sambutan Hari Kelestarian UKM 2024

Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Datuk Dr Ching Thoo A/L Kim menyempurnakan Majlis Pelancaran Kampus Rendah Karbon UKM 2030, anjuran Pusat Strategi UKM di Persada Canselori hari ini.
Program ini juga diadakan bersekali dengan Majlis Sambutan Ulang Tahun ke-10 Pusat Strategi dan Sambutan Hari Kelestarian UKM.
Naib Canselor, Prof. Dato’ Gs. Ts. Dr. Mohd. Ekhwan Hj. Toriman dalam ucapannya berkata warga UKM sentiasa komited dalam memacu universiti ini ke arah Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) 2030 melalui pelbagai inisiatif.
Beliau berharap agar inisiatif yang diambil dapat memastikan aspek kelestarian kekal sebagai aktiviti utama dalam proses teras UKM bermula daripada tadbir urus universiti kepada aktiviti seharian warga UKM.
Pada majlis ini juga, turut berlangsung sesi penyampaian hadiah kepada para pemenang aktiviti yang berlangsung sempena Hari Kelestarian UKM iaitu pertandingan deklamasi sajak, mencipta poster, taman lestari dan ‘sustain your steps’.
Hadir sama, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa, Prof. Dr. Abdul Halim Abdul Gafor; Pro Naib Canselor (Strategi dan Kewatanan) merangkap Pengerusi Jawatankuasa Sambutan Hari Kelestarian UKM, Prof. Dato’ Dr. Roslee Rajikan; Pro Naib Canselor ( Penjanaan dan Prasarana), Prof. Dr. Norhamidi; dan menjalankan tugas Pendaftar, Tuan Haji Zanudin Mohd Daud.

Similar Posts