Majlis Program Kampus Lestari UKM 2030
Naib Canselor, Prof. Dato’ Gs. Ts. Dr. Mohd Ekhwan Hj. Toriman merasmikan Program Kampus Lestari UKM 2030 di Akademia Siber Teknopolis, hari ini.
Program ini merupakan anjuran Pusat Strategi dengan kerjasama kumpulan Penyelidikan Kejuteraan Hijau dan Penyelesian Sifar Bersih, Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina, Jabatan Sains Bumi dan Alam Sekitar, Fakulti Sains dan Teknologi serta Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI).
Naib Canselor dalam ucapannya berkata, pelestarian dan amalan kitar semula adalah suatu perkara yang sangat penting bagi kelangsungan hidup dan usaha harus diambil untuk memastikan sumber alam dapat dikekalkan untuk generasi akan datang.
Melalui program seumpama ini, perkongsian dan pemindahan ilmu dapat memacu kearah peningkatan kesedaran dalam kalangan masyarakat tentang pentingnya pelestarian dan penjagaan alam sekitar yang efisien demi memastikan kualiti alam sekitar ke tahap yang lebih baik.
Pada program ini juga diadakan sesi perkongsian mengenai Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) negara oleh Pengarah Pusat SDG Negara, Kementerian Ekonomi, Encik Asfaazam Kasbi.
Turut hadir, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa, Prof. Dr. Mohammad Kassim; Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Penyelidikan dan Inovasi, Prof. Dato’ Dr. Wan Kamal Mujani; Pro Naib Canselor Strategi dan Pembagunan Korporat, Prof. Dato’ Dr. Roslee Rajikan dan Ketua Pustakawan, Cik Rohaya Umar.