Majlis Ramah Mesra Jawatankuasa Naib Canselor/Rektor bersama Yang Berhormat Menteri KPT
Naib Canselor, Prof. Dato’ Gs. Ts. Dr. Mohd Ehwan Hj Toriman selaku Pengerusi Jawatankuasa Naib Canselor/Rektor (JKNC/R) Universiti Awam (UA) mengiringi Menteri Pendidikan Tinggi, Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abdul Kadir ke Majlis Makan Malam dan Ramah Mesra (JKNC/R) Universiti Awam Malaysia bersama Yang Berhormat Menteri Pendidikan Tinggi di World Trade Centre Kuala Lumpur, malam tadi.
Majlis ini adalah sesi ramah mesra Menteri Pendidikan Tinggi dan pertemuan pertama Yang Berhormat sebagai Menteri baharu KPT dengan semua Naib Canselor Universiti Awam.
Pada majlis ini, semua Naib Canselor menerangkan berkenaan nice area (kebitaraan universiti) dan memaklumkan perkembangan semasa universiti masing-masing kepada YBM.
Prof. Dato’ Gs. Ts. Dr. Mohd Ekhwan merakamkan ucapan terima kasih kepada Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry, Menteri Pendidikan Tinggi di atas kesudian hadir meluangkan masa bersama dengan barisan Naib Canselor Universiti Awam. Semestinya sesi ramah mesra itu adalah sangat bermakna dan penting kepada setiap universiti bagi meningkatkan lagi prestasi universiti masing-masing.
Tetamu kehormat yang hadir ke majlis ini adalah Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) Kementerian Pendidikan Tinggi, Dato’ Dr. Haji Megat Sany Megat Ahmad Supian; Penasihat Khas Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Ahmad Shalimin Ahmad Shaffie, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Prof. Dr. Azlinda Azman dan Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris selaku Timbalan Pengerusi JKNC, Prof. Dato’ Dr. Md Amin bin Md Taff.