Program Sesi Perkongsian Penarafan Subjek Bidang

Pusat Strategi UKM dengan kerjasama Institut Pembangunan & Kemajuan Inklusif Malaysia (MINDA-UKM) telah menganjurkan forum perkongsian ilmu bertajuk Penarafan Subjek Bidang: Bersama Merealisasikan Kecemerlangan di Bilik Senat, semalam.

Pengarah MINDA-UKM, Prof. Tan Sri Dato’ Seri Dr. Noor Azlan Ghazali yang mengendalikan forum ini telah membincangkan strategi dan amalan terbaik pusat tanggungjawab untuk mencapai penarafan subjek bidang.

Barisan ahli panel yang terdiri daripada Pro Naib Canselor, Strategi dan Kewatanan, Prof. Dato’ Dr. Roslee Rajikan; Dekan,Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina, Prof. Ir. Dr. Mohd Syuhaimi Rahman; Dekan Fakulti Pendidikan, Prof. Dr. Mahzan Awang dan Dekan Fakulti Perubatan, Prof. Datin Dr. Marina Mat Baki turut berkongsi kepakaran dalam bidang masing-masing yang menyumbang kepada kecemerlangan kualiti pengajaran dan penyelidikan universiti, baik di peringkat kebangsaan mahupun di peringkat antarabangsa.

Hadir sama ke majlis ini ialah Pendaftar UKM, Tuan Haji Zainudin Mohd Daud.

Similar Posts