Sesi Pembentangan Resolusi Pendidikan Tinggi Bumiputera
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dengan kerjasama Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah mengadakan satu Sesi Pembentangan Resolusi Pendidikan Tinggi Bumiputera kepada Menteri Pendidikan Tinggi, Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir.
Pada sesi ini, Naib Canselor UKM, Prof. Dato’ Gs. Ts. Dr. Mohd Ekhwan Hj. Toriman telah menyampaikan pembentangannya yang bertemakan Kebolehpasaran Graduan Bumiputera.
Sementara itu, Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris, Prof. Dato’ Dr. Md Amin Md Taff dan Naib Canselor Universiti Teknikal Malaysia Melaka, Prof. Datuk Ts. Dr. Massila Kamalrudin turut membentangkan tajuk masing-masing iaitu, Akses Pendidikan Tinggi Kaum Bumiputera dan Penyediaan Bakat Mahasiswa Bumiputera Semasa di Universiti.
Seterusnya, Naib Canselor Universiti Teknologi MARA, Prof. Datuk Dr. Shahrin Sahib @ Sahibuddin menyampaikan ucapan penggulungan disamping menyentuh tema Penubuhan Pusat Kajian Pembangunan Bumiputera sebelum sesi pembentangan tamat.
Pada sesi ini juga, Pengerusi Kluster Reformasi Pendidikan dan Modal Insan, Kongres Ekonomi Bumiputera, Prof. Tan Sri Dato’ Seri Dr. Noor Azlan Ghazali turut menyampaikan ucapan pembukaan.
Naib Canselor UKM, Prof. Dato’ Gs. Ts. Dr. Mohd Ekhwan mengucapkan sekalung penghargaan kepada pihak KPT diatas kepercayaan bagi mengetengahkan isu dan solusi pendidikan tinggi dalam kalangan mahasiswa dan graduan bumiputera. Beliau turut menyerahkan simbolik buku resolusi kepada Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry.
Turut hadir, Ketua Setiausaha KPT, Dato’ Seri Prof. Dr. Ir. Zaini Ujang; Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) KPT, Dato’ Dr. Haji Megat Sany Megat Ahmad Supian; Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Prof. Dr. Azlinda Azman dan Naib-naib canselor universiti awam.
Hadir sama dari UKM adalah Timbalan-timbalan Naib Canselor, Pendaftar, dan Pro-pro Naib Canselor.