Taklimat Penyelarasan Data Kelestarian PTj
Pusat Strategi UKM telah mengadakan Taklimat Penyelarasan Data Kelestarian PTj pada 6 Februari 2025 (Khamis) di Akademia Siber Teknopolis (AST), UKM.
Taklimat Penyelarasan Data Kelestarian PTj adalah bertujuan untuk memastikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) terus mencapai kecemerlangan dalam penarafan universiti, pengumpulan dan penyelarasan data kelestarian yang tepat dan komprehensif adalah amat penting.
Sesi ini dimulakan dengan ucapan aluan oleh YBhg. Prof. Dato’ Dr. Roslee Rajikan, Pro Naib Canselor (Strategi & Kewatanan) merangkap Pengarah Pusat Strategi UKM dan diteruskan dengan taklimat PANDU oleh Prof. Madya Dr. Mohd Zakree Ahmad Nazri Timbalan Pengarah Eksekutif (Data Strategik) Pusat Strategi UKM dan diteruskan pula dengan taklimat penyelarasan data kelestarian PTj oleh Prof. Madya Sr Ts. Gs. Dr. Khairul Nizam Abdul Maulud, Timbalan Pengarah Eksekutif (Kelestarian).




