Alumni Terbilang 2024

40 tahun dan ke bawah

Senarai di bawah memaparkan sebahagian alumni UKM yang berjaya dalam bidang
masing-masing untuk ditonjolkan dan diserlahkan oleh pihak universiti.

Dr. Mohd Lutfi Fadil Lokman

  • Pengasas & Ketua Strategi Hospital Beyond Boundaries
  • 36 tahun
  • Alumni Fakulti Perubatan 2012 (Sarjana Muda Perubatan)
  • Penerima Anugerah United Nations Young Leaders for Sustainable Development Goals anjuran PBB
  • Disenaraikan dalam Forbes 30 Under 30 – Social Entrepreneurs dan Tatler’s Gent.T List (Malaysia) 2018 dan 2019
  • www.hbb.org.my

Dr. Wan Abdul Hannan Wan Ibadullah

  • Ketua Pegawai Eksekutif & Pengasas Bersama Hospital Beyond Boundaries
  • 36 tahun
  • Alumni Fakulti Perubatan 2013 (Sarjana Muda Perubatan)
  • Penerima Anugerah Young Achiever’s Award for Entrepreneur of Excellence through Social Health Enterprise 2018
  • Tersenarai antara 10 “Legasi Luar Biasa” Astro Oasis
  • www.hbb.org.my

Dr. Hazimi Hamzah

  • Ketua Pegawai Eksekutif & Pengasas PULEH Health
  • 40 tahun
  • Alumni UKM Graduate School of Business 2019
  • Penerima Anugerah Icon Brands Award, SME 100 Awards 2021 dan Social Enterprise Recognition
  • www.facebook.com/pulehhealth/

Arvend Applasamy

Masfara Wahidah Abdul Rahman

  • Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Diet Ideas Sdn. Bhd.
  • 30 tahun
  • Alumni Fakulti Sains Kesihatan 2017 (Dietetik)
  • Membawa revolusi kepada industri dietetik dan pemakanan melalui syarikat teknologi kesihatan.
  • Mewujudkan ekosistem kesihatan yang menyediakan makanan sihat dan produk kesihatan semula jadi.
  • Menubuhkan Pusat Pembelajaran Diet Ideas.
  • www.dietideas.com.my

Aisyah Hijanah Azhari

  • Pengasas & pengarah Hijanah, pengarang buku, penceramah
  • 26 tahun
  • Alumni Alumni Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan 2022 (Psikologi)
  • Penerima Anugerah Keusahawanan KPT 2024, Anugerah Usahawan Muda dan Anugerah Ikon Wanita
  • www.facebook.com/hijanahhaul

Amir Syakireen Ramli

Lee Wei Qing

  • Pengasas dan Pengarah Pusat Rehabilitasi Well dan Well Healthcare Group
  • 30 tahun
  • Alumni Fakulti Sains Kesihatan 2009 (Terapi Carakerja)
  • Penerima Anugerah JCI Creative Young Entrepreneur 2018
  • Tersenarai dalam The 100 Most Influential Young Entrepreneurs (2017) anjuran Entrepreneur Insight
  • www.wellrehab.com.my

Syed Mohammad Fahmi Syed Shabthar

  • Pengasas & Pengarah Syedewa Cosmetics
  • 37 tahun
  • Alumni Fakulti Sains & Teknologi 2016 (Teknologi Kimia)
  • Produk kosmetik berkualiti tinggi yang memenuhi warna kulit Asia yang berbeza dan setanding dengan jenama kosmetik antarabangsa
  • Jenama kosmetik tempatan yang mempunyai kedai kosmetik di 5 pusat membeli-belah utama di Kuala Lumpur dan Selangor.
  • www.syedewacosmetics.my
  • www.instagram.com/syedewacosmetics

Azzim Zahid Azmi

  • Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif Bulan Bintang Clothing
  • 27 tahun
  • Alumni Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan 2020 (Komunikasi Media)
  • Dalam tempoh tiga tahun, Bulan Bintang telah berkembang hebat bermula dari perniagaan pasar malam secara kecil-kecilan sehingga menjadi salah satu jenama kontemporari Muslim yang terkemuka di Malaysia.
  • Bulan Bintang kini miliki 10 butik di seluruh negara.
  • Mengadakan pertunjukan fesyen ‘Takes The Sky pada Februari 2023 yang menggunakan 350 unit dron, terbanyak dalam sejarah dan berjaya dimasukkan ke dalam senarai Malaysia Book of Records.
  • www.bulanbintanghq.com

Siow Yee Kuan

  • Pengasas Kidsogenius Speech Centre
  • 40 tahun
  • Alumni Fakulti Sains Kesihatan 2008 (Sains Pertuturan)
  • Berkhidmat dalam lembaga eksekutif Malaysian Association of Speech and Hearing (MASH), menyumbang kepakaran beliau untuk membimbing dan membentuk inisiatif dan hala tuju persatuan.
  • www.kidsogenius.com/aboutus

Mohd Fathuddin Fakri Ramli

  • Ketua Pegawai Eksekutif RV Life Motorhome Rental Hub & pemilik syarikat penjualan dan percetakan Qutaibah
  • 24 tahun
  • Alumni Fakulti Undang-Undang 2022 (Sarjana Muda Undang-Undang)
  • Penerima Anugerah International Young Entrepreneur
  • Berjaya menembusi pasaran baru di Malaysia dan menjadi inspirasi anak muda
  • www.facebook.com/p/RV-Life-100083692106062/ www.instagram.com/rvlifemy

Wong Kin Lun

  • Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Sukarelawan Siswa Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT)
  • 34 tahun
  • Alumni Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat 2013 (Komputer Sains)
  • Menyumbang kepada bidang belia dan kesukarelawanan melalui pengalaman dalam agensi kerajaan dan melalui rangkaian pembangunan belia tempatan dan antarabangsa.
  • Berkhidmat dalam banyak usaha sukarelawan serantau dan antarabangsa melalui Sekretariat ASEAN dan agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
  • www.linkedin.com/in/wongkinlun

Muhammad Syakir Razali

  • Pengarah & pemilik Tokkmungg Sdn. Bhd.
  • 30 tahun
  • Alumni Fakulti Pendidikan Islam 2022 (Sarjana Pengajian Islam)
  • Ikon Keusahawanan UKM 2019 dan Ikon Alumni UKM 2023
  • Miliki 6 buah cawangan di serata negara
  • Aktif dalam kerja kemanusiaan, kebajikan dan kemasyarakatan
  • www.linktr.ee/tokkmungg

Muhammad Izzat Razali

  • Pengarah & pemilik Tokkmungg Sdn. Bhd.
  • 32 tahun
  • Alumni Fakulti Pendidikan Islam 2020 (Sarjana Pengajian Islam)
  • Ikon Keusahawanan UKM 2019 dan Ikon Fakulti UKM 2021
  • Miliki 6 buah cawangan di serata negara
  • Aktif dalam kerja kemanusiaan, kebajikan dan kemasyarakatan
  • www.linktr.ee/tokkmungg

Thenesh Anbalagan

  • Penerima Biasiswa Yang di-Pertuan Agong (BYDPA) 2023 dan kini menuntut di Harvard University untuk pengajian Sarjana Undang-Undang
  • 26 tahun
  • Alumni Fakulti Undang-Undang 2021
  • Penerima Best Speaker Bhagwati International Moot Court Competition on Human Rights
  • www.linkedin.com/in/theneshanbalagan

Mohd Sukur Ibrahim

  • Penceramah Motivasi dan Ketua Pegawai Eksekutif MSI Solution Sdn.  Bhd.
  • 40 tahun
  • Alumni Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat 2013 (Komputeran Industri)
  • Tokoh Maal Hijrah 1439H Negeri Melaka (Golongan Istimewa) 2017
  • Penerima Anugerah Khas OKU Cemerlang Kebangsaan (Keusahawanan) 2014, Readers Digest Inspirising Asian Awards, dan banyak lagi
  • www.facebook.com/sukuribrahim

Farhana Akmal Azahar

  • Pengasas bagi syarikat Luqfa Beauty dan juga Luqfa Academy
  • 26 tahun
  • Alumni Fakulti Sains & Teknologi
  • Keupayaan menggabungkan kepakaran saintifik dengan kepintaran perniagaan telah menghasilkan pembangunan produk kosmetik dan usaha niaga yang berjaya.
  • Menerobos sektor penjagaan kesihatan dengan produk Ent Health yang berjaya menembusi pasaran hospital
  • www.luqfabeautyhq.com

Nur Syahirah Rosli

  • Pemilik Flowereka Florist MY
  • Penerima Graduate Excellence Programme (GrEP) MARA & telah tamat Viva Voce PhD Pendidikan di Fakulti Pengajian Pendidikan UPM
  • 30 tahun
  • Alumni Fakulti Teknologi & Sains Maklumat 2017 (Sarjana Muda Sains Komputer)
  • Fakulti Pendidikan 2019 (Sarjana Pendidikan Perniagaan & Keusahawanan)
  • Terpilih bagi sesi libat urus penggubalan Pelan Tindakan Keusahawanan IPT KPT 2021-2025
  • Felo Entrepreneur-in-Residence & Ikon Keusahawanan UKM 2019
  • Penerima International Internship Scholarship Program 2016 untuk berkhidmat di Institute Business Informatics Darmajaya Lampung Indonesia
  • www.instagram.com/flowerekafloristmy

Dr. Mohd Dell Taufik Abd Murad

  • Pemilik Klinik Pergigian Pakar Prostodontik Dell & Co
  • 39 tahun
  • Alumni Fakulti Pergigian 
  • Turut memiliki Dell Dental Learning Center yang menyediakan kursus kepada doktor pergigian dan membimbing doktor muda
  • Melebarkan sayap dalam bidang kecergasan dengan menubuhkan Dell Dental Fitness Center
  • www.delldental.com.my / www.instagram.com/delldental

Farah Nurul Asyikin Mohamad Sukri

Mohamad Aqil Ameerel Bin Ramdan

  • Pengasas Rotiwap & Disampinku
  • 27 tahun
  • Alumni Fakulti Ekonomi & Pengurusan 
  • Berjaya membuat pembaharuan dengan mengubah produk tradisional, bao, dan menjadikannya Roti Wap, memberi nafas baharu kepada pasaran makanan jalanan di Malaysia.
  • Roti Wap telah berkembang daripada konsep penjual jalanan tunggal kepada tiga cawangan yang berjaya, setiap satu dikendalikan oleh pemilik yang berbeza.
  • www.rotiwap.com
    www.instagram.com/rotiwap
    www.tiktok.com/@disampinku

Mohd Fikri Akram Mohd Jumat

  • Jurutera Pengujian dan Pentauliahan
  • Umur : 32 Tahun
  • Alumni FKAB UKM 2016 (Ijazah Kejuruteraan Elektrik & Elektronik)
  • Pemenang Gold Medal Iscaps Competition, Jeju Island Korea 2015
  • Dinobatkan sebagai Johan Pidato Rukun Negara Peringkat Kebangsaan 2022 dan Naib Johan Pidato Piala President UMNO Peringkat Kebangsaan 2021
  • www.tiktok.com/@fikriakram91
  • www.instagram.com/fikriakram

Saravanan Meyappan

  • Peguam Kanan Persekutuan, Jabatan Peguam Negara (mantan Majistret Jenayah Kuala Lumpur)
  • 34 tahun
  • Alumni Fakulti Undang-Undang  2014
  • Penerima biasiswa British Chevening Scholarship 2022/2023 untuk melanjutkan pengajian di University of Bristol, England dalam LL.M (Public Law)
  • Penerima Anugerah Successful People in Malaysia, Britishpedia, British Publishing House Ltd 2022
  • Dilantik sebagai Felo Elit dan Pensyarah Pakar Industri bagi program Sarjana Keadilan Jenayah (MCJ), Universiti Malaya
  • www.linkedin.com/in/saravanan-meyappan-81161274/

Mohd Sabri Leman

Alumni UKM di bawah 40 tahun yang berminat untuk dipaparkan dalam senarai ini boleh menghantar biodata dan gambar untuk pertimbangan pihak urus setia melalui alamat emel amalinarahman@ukm.edu.my dan tpestrategi1@ukm.edu.my.