Anugerah anjuran Lembaga Jurutera Malaysia 2024

Sukacita dimaklumkan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berhasrat untuk menghantar pencalonan bagi tiga (3) Anugerah anjuran Lembaga Jurutera Malaysia iaitu:

  • Anugerah Tokoh Kejuruteraan Negara 2024
  • Anugerah Tokoh Muda Kejuruteraan Negara 2024
  • Anugerah Kecemerlangan Inovasi Kejuruteraan 2024

Anugerah ini adalah bertujuan untuk mengiktiraf individu dan organisasi yang telah mempamerkan sumbangan cemerlang dan pencapaian luar biasa dalam bidang kejuruteraan.

Syarat dan kriteria anugerah serta carta alir proses pencalonan seperti yang dipaparkan di laman web penganjur. Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Puan Nurul Amalina Abdul Rahman di talian 03-8921 5234 / 018-322 4346 atau melalui e-mel amalinarahman@ukm.edu.my.

Semoga dengan pencalonan ini, warga UKM terus cemerlang menempa nama dalam bidang kejuruteraan di peringkat kebangsaan.