Anugerah Life At Work (LAWA)

Tujuan Anugerah ini adalah untuk mengiktiraf majikan dengan strategi tempat kerja progresif yang menunjukkan komitmen mereka terhadap matlamat DEI iaitu Diversity, Equity & Inclusion.

Sehubungan dengan itu, Pusat Strategi UKM sebagai sekretariat anugerah di UKM dengan sukacitanya mempelawa calon menghantar pencalonan dengan meneliti maklumat seperti syarat dan kriteria kategori anugerah yang dicalonkan pada laman web penganjur;

Sehubungan dengan itu, kami sebagai sekretariat anugerah di UKM. Tarikh tutup pencalonan adalah pada 6 September 2024, walau bagaimanapun borang pencalonan yang telah lengkap diisi harus dikemukakan kepada Urus Setia selewat-lewatnya pada 23 Ogos 2024 untuk tujuan penyelarasan.

Sebarang soalan berkenaan penyelarasan di peringkat UKM pula boleh diajukan kepada Puan Nurul Amalina Abdul Rahman di talian 03 8921 5234 atau melalui e-mel amalinarahman@ukm.edu.my. Semoga dengan pencalonan ini, UKM terus cemerlang dalam agenda kelestarian.