Anugerah Sains, Teknologi dan Inovasi Negara 2023
PELAWAAN PENCALONAN UNTUK ANUGERAH SAINTIS MUDA NEGARA, ANUGERAH TEKNOLOGIS NEGARA, ANUGERAH JURUTEKNIK NEGARA DAN MBOT WOMAN LEADERSHIP AWARD 2023
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) berhasrat untuk memberi pengiktirafan terhadap sumbangan dan pencapaian dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) sains dan teknologi melalui 5 anugerah yang dilaksanakan pada tahun 2023, seperti di bawah:
- Anugerah Saintis Muda Negara (Sains Hayat)
- Anugerah Saintis Muda Negara (Sains Fizikal)
- Anugerah Teknologis Negara
- Anugerah Juruteknik Negara
- MBOT Woman Leadership Award
Sehubungan dengan itu, Pusat Strategi UKM sebagai sekretariat anugerah di UKM dengan sukacitanya mempelawa dan mengalu-alukan warga UKM yang layak untuk menghantar pencalonan selewat-lewatnya pada 7 Julai 2023 dengan merujuk kepada lampiran Tatacara Pencalonan yang juga mengandungi maklumat seperti kriteria dan syarat anugerah.
Untuk sebarang pertanyaan berkenaan penyelarasan di peringkat UKM, sila hubungi Puan Nurul Amalina Abdul Rahman di talian 03-8921 5234 atau melalui e-mel amalinarahman@ukm.edu.my.
Persoalan mengenai prosedur pencalonan dan lain-lain berkenaan anugerah boleh diajukan kepada sekretariat di MOSTI iaitu Encik Muhammad Muaz Aminordin (03-8885 8093 / muhammadmuaz@mosti.gov.my).