Anugerah Saintis Muda Negara 2024
Sebanyak lima (5) kategori baharu diperkenalkan bagi Anugerah Saintis Muda Negara (ASMN) pada tahun 2024 berbanding dua (2) pada penganugerahan sebelum ini. Lima kategori utama iaitu ASMN kategori Biologi, Fizik, Kimia, Perubatan dan Kejuruteraan. Anugerah Saintis Negara merupakan inisiatif Kementerian Sains,Teknologi dan Inovasi (MOSTI) bagi mengiktiraf serta menghargai kerja dan pencapaian yang cemerlang oleh saintis muda dalam bidang penyelidikan dan pembangunan (R&D) STI negara. Anugerah ini menggalakkan penjanaan pengetahuan baharu dalam bidang sains untuk memastikan Malaysia berdaya saing dengan negara luar terutamanya dalam bidang R&D.
Perincian lebih lanjut mengenai syarat-syarat dan peraturan Anugerah Saintis Muda Negara Tahun 2024 bagi kategori Biologi, Fizik, Kimia, Perubatan dan Kejuruteraan serta urusan pencalonan adalah secara atas talian pada pautan www.tinyurl.com/AnugerahSaintisMudaNegara2024. Pencalonan perlu memuat turun fail Dokumen Pencalonan Anugerah Saintis Muda Negara 2024. Pencalonan berserta dokumen lengkap hendaklah dikemukakan melalui emel kepada muhammadmuaz@mosti.gov.my
 sebelum atau pada 13 September 2024 (Jumaat).
Sebarang soalan berkenaan penyelarasan di peringkat UKM pula boleh diajukan kepada Puan Nurul Amalina Abdul Rahman di talian 03 8921 5234 atau melalui e-mel amalinarahman@ukm.edu.my
.