Sukacita dimaklumkan pencalonan untuk Anugerah Tokoh Akademik Bahasa Melayu & Anugerah Tokoh Harapan Akademik Bahasa Melayu telah dibuka. Penganugerahan ini merupakan pengiktirafan untuk ahli akademik pelbagai bidang yang mengguna, membangun dan memartabatkan bahasa Melayu sebagai wahana aktiviti akademik dalam disiplin ilmunya.
Sehubungan dengan itu, Pusat Strategi UKM sebagai sekretariat anugerah di peringkat UKM memohon kerjasama YBhg. Prof. Ulung/ Prof./ Dato’/ Dr./ Tuan/ Puan untuk menghantar pencalonan dengan merujuk kepada lampiran Tatacara Pencalonan. Tarikh tutup pencalonan adalah dilanjutkan kepada 16 Jun 2023, walau bagaimanapun borang pencalonan yang telah lengkap diisi harus dikemukakan kepada Pusat Strategi UKM selewat-lewatnya pada 9 Jun 2023 untuk tujuan penyelarasan.
Tatacara Pencalonan Anugerah Tokoh Akademik Bahasa Melayu 2023:
https://drive.google.com/file/d/19vZOfvITl8nOFI40PfmeUbcvd3IUnZFm/view?usp=drive_link