Anugerah Tokoh Akademik Bahasa Melayu & Anugerah Tokoh Harapan Akademik Bahasa Melayu
Sukacita dimaklumkan pencalonan Anugerah Tokoh Akademik Bahasa Melayu & Anugerah Tokoh Harapan Akademik Bahasa Melayu anjuran Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) telah dibuka. Penganugerahan ini mengiktiraf sumbangan ahli akademik pelbagai bidang yang mengguna, membangun dan memartabatkan bahasa Melayu sebagai wahana aktiviti akademik dalam disiplin ilmunya.
Sehubungan dengan itu, Pusat Strategi UKM sebagai sekretariat anugerah di UKM dengan sukacitanya mempelawa dan mengalu-alukan warga akademik UKM yang layak untuk menghantar pencalonan berdasarkan tatacara berikut:
- Meneliti maklumat berkaitan anugerah seperti syarat dan kriteria (di sini bagi kategori Anugerah Tokoh Akademik Bahasa Melayu atau di sini bagi kategori Anugerah Tokoh Harapan Akademik Bahasa Melayu);
- Memuat turun dan melengkapkan borang permohonan bagi kategori yang berkaitan dengan merujuk kepada buku garis panduan pada pautan yang sama;
- Memastikan semua bahagian pada borang permohonan diisi KECUALI BAHAGIAN J;
- Mengemukakan borang permohonan yang telah lengkap kepada Pusat Strategi UKM selewat-lewatnya pada 25 Julai 2024 melalui emel tpestrategi2@ukm.edu.my untuk penyelarasan pengesahan Naib Canselor;
- Menghantar pautan Google Drive yang telah lengkap diisi kepada KPT selewat-lewatnya pada 31 Julai 2024 melalui emel atabm@mohe.gov.my. Emel pautan tersebut hendaklah disalinkan kepada tpestrategi2@ukm.edu.my.
- Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi Puan Nurul Amalina Abdul Rahman di talian 03 8921 5234 atau melalui e-mel amalinarahman@ukm.edu.my.