Hari Menanam Pokok Sedunia

Selamat Menyambut Hari Menanam Pokok Sedunia.

Setiap bahagian pokok mempunyai proses fitoremediasi yang mampu bertindak balas dengan menyerap, meneutral, mengurai, menukar dan melepaskan kimia berbahaya daripada persekitaran kepada bentuk yang lebih selamat.

Tanpa pokok, teknologi semulajadi ini tidak dapat berlaku dan akan menyebabkan kandungan gas pencemar serta mendapan logam berat di sekeliling kita akan terus bertambah, seterusnya memberi ancaman kepada kesihatan manusia.

Kewujudan pokok di sekeliling kita dapat membantu mengurangkan tekanan dan memulihkan tenaga hasil pelepasan oksigen dan udara segar oleh pokok, sekali gus meningkatkan kesihatan.

Ikhlas daripada warga Pusat Strategi UKM

Similar Posts