Hari Sindrom Down Sedunia
Sindrom Down merupakan penyakit genetik yang disebabkan oleh kelebihan kromosom 21 pada seseorang. Individu Sindrom Down juga mempunyai ciri-ciri fizikal istimewa dan juga berisiko menghidapi masalah kesihatan tertentu.
Pada setiap 21 Mac seluruh dunia akan meraikan Hari Sindrom Down Sedunia yang bertujuan untuk menghargai dan meningkatkan kesedaran umum tentang Sindrom Down kepada masyarakat.
Selamat Hari Sindrom Down Sedunia daripada warga Pusat Strategi UKM
