Majlis Menandatangani Surat Hasrat – Letter of Intent (LoI) antara Universiti Kebangsaan Malaysia dan Hunan University of Technology
Satu majlis menandatangani LOI antara Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Hunan University of Technology (HUT) telah diadakan di Canselori UKM pada 16 Mei 2024. Kerjasama ini akan meliputi penyelidikan dan pendidikan, dengan tumpuan khusus dalam bidang teknologi semikonduktor.
Majlis menandatangani LOI ini disempurnakan oleh YBhg. Prof. Dato’ Dr. Roslee Rajikan, Pro-Naib Canselor (Strategi & Kewatanan) di Bilik Mesyuarat Nanocoe, IMEN. Turut dihadiri tujuh (7) orang delegasi dari HUT iaitu Professor Yin Xiaoyuan, Vice President, Professor Zhang Guohua, Dean of Teaching and Learning Office, Mr. Zhou Bolin, Dean of Development Planning Office, Associate Professor Mr. Zeng Jinhui, Dean of College of Electrical and Information Engineering , Professor Zhang Dongmei, Dean of Office of International Cooperation and Exchanges, Professor Clarence Augustine Th Tee, Director Photonics & Sensors Key Research Laboratory, Zhejiang Normal University dan Prof. Dr. Ahmad Rifqi Md Zain, Pengarah, Institute of Microengineering and Nanoelectronics (IMEN).