Pencalonan Anugerah Bitara UKM ke-10
Anugerah Bitara UKM merupakan program tahunan Universiti yang memberikan pengiktirafan kepada staf dan Pusat Tanggungjawab (PTj) dengan mengambil kira pencapaian prestasi berkualiti dalam pelbagai aspek dan bidang.
Sehubungan dengan itu, Pusat Strategi UKM selaku Sekretariat Anugerah UKM, dengan sukacitanya mempelawa pihak warga UKM untuk menghantar pencalonan bagi Anugerah Bitara UKM Ke-10. Syarat, kriteria dan maklumat lanjut boleh didapati di laman sesawang Pusat Strategi UKM dan poster hebahan.
Tarikh BUKA pencalonan adalah pada 17 MAC 2025 sehingga 30 APRIL 2025.
Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi Sekretariat Anugerah UKM di Pusat Strategi UKM atau layari laman sesawang rasmi. Kami menggalakkan semua warga UKM untuk mengambil peluang ini dalam mengiktiraf kecemerlangan dan sumbangan dalam pelbagai bidang. Sekian, terima kasih.
