Program Hari Kelestarian 2024

Pusat Strategi UKM akan menganjurkan Program Hari Kelestarian di mana tiga (3) aktiviti akan dipertandingkan iaitu Pertandingan Deklamasi Sajak, Pertandingan Mencipta Poster dan Pertandingan Taman Lestari Interkolej. Program ini diadakan sempena Sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia yang disambut pada 5 Jun 2024 dan bertujuan untuk memupuk nilai-nilai murni dan rasa tanggungjawab terhadap alam sekitar seterusnya bergiat aktif dalam aktiviti berkaitan kelestarian alam sekitar.
Sehubungan dengan itu, Strategi-UKM menjemput semua warga, terutamanya staf dan pelajar untuk menyertai pertandingan-pertandingan tersebut. Tarikh tutup semua pertandingan adalah pada 6 Jun 2024 dan syarat-syarat penyertaan adalah seperti yang tertera di poster seperti di lampiran.

Similar Posts