QS Higher Ed Pre-Summit: Asia Pacific 2024

Universiti Kebangsaan Malaysia telah menghadiri QS Higher Ed Pre-Summit: Asia Pacific 2024 yang diadakan di Al-Farabi Kazakh National University (KazNU), Kazakhstan pada 1 November 2024.

Persidangan ini menghimpunkan wakil-wakil Univeriti dari Asia.

UKM telah diwakili delegasi daripada Pusat Strategi UKM yang diketuai oleh Prof. Dato’ Dr. Roslee Rajikan, Pro-Naib Canselor (Strategi dan Kewatanan). Prof Dato’ Dr. Roslee Rajikan dijemput sebagai pembentangan bagi Sesi perkongsian berkaitan “The Power of International Collaboration”.

UKM juga antara beberapa universiti terpilih yang berpeluang mengadakan perbincangan bersama Rektor KazNU, Janseit Tuymebaev. Dalam pertemuan itu, kedua-dua pihak telah bersetuju untuk memperkasakan kerjasama strategik dalam pertukaran pensyarah dan pelajar melalui program mobiliti akademik. Dalam perbincangan, UKM bersedia untuk memperluas kerjasama dengan KazNU dalam pelbagai bidang akademik, penyelidikan dan mobiliti.

UKM Luar Biasa, UKM Watan Kita.

Similar Posts