QS World University Rankings by Subject 2025

UKM terus melakar kecemerlangannya dengan peningkatan pencapaian dalam penarafan QS World University Rankings by Subject 2025 yang diumumkan secara rasmi pada 12 Mac 2025.

Subjek Theology, Divinity & Religious Studies merupakan satu-satunya subjek yang mencatatkan peningkatan kedudukan yang sangat membanggakan, iaitu berada dalam kalangan 100 terbaik dunia.

Pencapaian ini juga mencerminkan kekuatan dan daya saing UKM dalam pelbagai disiplin ilmu, di mana 15 daripada 30 subjek yang ditawarkan berjaya tersenarai dalam kelompok 200 terbaik dunia.

UKM turut menunjukkan peningkatan dalam tiga (3) Broad Area utama iaitu Arts & Humanities , Natural Sciences , serta Life Sciences & Medicine.

Penarafan antarabangsa ini membuktikan bahawa UKM berjaya mengekalkan reputasinya dari segi kualiti kepakaran akademik, program berprestasi tinggi, serta hasil usaha berterusan dan kesungguhan seluruh warga UKM dalam memastikan pendidikan tinggi yang berkualiti, inovatif, dan relevan dengan keperluan global.

Tahniah UKM, Universiti Watan Kita!

Similar Posts