Selamat Hari Braille Sedunia

Braille bukanlah bahasa, tetapi ia sejenis sistem tulisan sentuh. Kini terdapat simbol Braille untuk abjad, huruf Jawi serta simbol-simbol untuk matematik dan sebagainya.

Menerusi Braille, mereka yang kurang upaya penglihatan boleh mendapat informasi dalam pelbagai bahasa, menambah ilmu, menyelesaikan masalah matematik dan juga membaca Al-Quran.

Semoga hari ini dapat meningkatkan kesedaran kepentingan Braille sebagai medium komunikasi dalam kalangan orang kurang upaya penglihatan.

Selamat Hari Braille Sedunia ikhlas daripada Pusat Strategi UKM

Similar Posts