Soal Selidik Kesihatan Dan Keselamatan Warga UKM 2024

Pusat Strategi UKM selaku Sekretariat Penarafan Healthy University Rating System (HURS) di UKM sedang mengumpul maklumbalas melalui soal selidik kesihatan & keselamatan warga UKM 2024.

Maklumat ini adalah sangat berharga dan akan menyumbang kepada usaha universiti untuk mengukuhkan kualiti hidup dan kebajikan Warga, di samping penilaian prestasi UKM dalam penarafan Healthy University Rating System (HURS). Sehubungan itu sukacita kami menjemput semua warga UKM untuk mengisi borang maklum balas di pautan ini: https://forms.gle/QpvzJBH7ZQnvGyNj8

Untuk makluman, soal selidik ini diisi tanpa nama dan tiada maklumat peribadi yang akan diperoleh atau disimpan demi memastikan maklumat yang anda sumbangkan kekal sulit dan identiti anda dilindungi. Kerjasama dan jasa baik semua warga UKM dalam melengkapkan soal selidik ini amat kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Similar Posts