Latar Belakang
Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA)

EKSA mula dilaksanakan di UKM pada tahun 2022 sebagai inisiatif penjenamaan semula Amalan 5S Sektor Awam dengan mengambil kira keperluan bagi mengetengahkan persekitaran tempat kerja yang berkualiti dan kondusif di UKM.

Langkah penjenamaan semula ini difikirkan sesuai dan seiring dengan perubahan dan kehendak semasa untuk meningkatkan prestasi dan daya saing organisasi di samping menyemarakkan lagi budaya kreativiti dan inovasi dalam kalangan warga Universiti. Ini juga sejajar dengan hasrat Universiti untuk menjadi sebuah universiti yang terpilih dan terkehadapan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Singkatan perkataan berikut akan digunakan dalam garis panduan:

SINGKATANDEFINASI
EKSAEkosistem Kondusif Sektor Awam
JFPIBJabatan, Fakulti, Pusat, Institut dan Bahagian
JKJawatankuasa
KJKKetua Jaminan Kualiti
MAMPUUnit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia
(Malaysian Administrative Modernisation and Planning Unit)
MSPMesyuarat Semakan Pengurusan
PJKPusat Jaminan Kualiti
PKKPusat Komunikasi Korporat
SPBSistem Persekitaran Berkualiti
UKMUniversiti Kebangsaan Malaysia