Tujuan
Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA)

Garis panduan ini disediakan sebagai rujukan kepada semua Fakulti / Institut / Pusat (F/I/P) di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dalam melaksanakan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA). Melalui garis panduan ini juga, diperjelaskan konsep EKSA, elemen-elemen baharu yang diperkenalkan, tindakan yang perlu diambil di setiap peringkat perancangan, pelaksanaan, pemantauan, kaedah pengauditan dan penambahbaikan yang digunapakai. Garis panduan ini juga menjelaskan kriteria dan keperluan yang perlu dipatuhi untuk mendapatkan pensijilan EKSA.

EKSA juga harus dilihat sebagai satu program yang menggalakkan F/I/P agar lebih kreatif dan inovatif dalam usaha mewujudkan persekitaran kerja yang kondusif dan mampu meningkatkan produktiviti serta kualiti penyampaian perkhidmatan.