TERAS dan Kebitaraan merupakan naratif baharu yang memaparkan peranan universiti watan yang menjadi milik warganya dan masyarakat keseluruhan. Sesungguhnya, lembayung TERAS yang baharu ini bertujuan untuk membolehkan warga UKM membuat rujukan dan panduan terhadap hala tuju universiti dalam usaha meningkatkan pencapaian ke tahap yang tertinggi. Pengertian TERAS adalah merangkumi Bakat (Talent), Etika (Ethics), Memperkasa (Revitalise), Tangkas (Agile) dan Jiwa (Soul) dan ia menjadi lembayung yang memayungi 5 kebitaraan iaitu Watan, i-Minda, Holistik, Digital dan Prihatin.Â
Di bawah lima kebitaraan inilah terdapat 25 prakarsa yang menjadi asas untuk UKM merangka pelan strategik dan gerak kerja di samping menentukan indeks pencapaian utamanya. Berdasarkan intipati yang merangkumi nilai TERAS dan elemen kebitaraan, terdapat dua agenda atau matlamat utama yang perlu dicapai oleh warga UKM iaitu iaitu Kebolehpasaran Graduan dan Penjanaan Pendapatan.
Muat Turun Poster T.E.R.A.S UKM