Bengkel Analisis Keperluan Analitik Data UKM untuk Pembangunan PANDU
Bengkel Analisis Keperluan Analitik Data UKM untuk Pembangunan PANDU diadakan pada 30 Oktober 2024 (Rabu) di Bangi Resort Hotel.
Suatu Portal Analitik Data Universiti Kebangsaan Malaysia (PANDU) akan dibangunkan untuk kegunaan pengurusan strategik PTj dan pengurusan tertinggi di UKM.
Bengkel ini bertujuan untuk menyemak dan mengesahkan analisis keperluan analitik data UKM dan membentangkan analisis keperluan analitik data UKM serta mengenalpasti sistem yang menyimpan data strategik dan kesesuaian teknikal berdasarkan keperluan pengurusan tertinggi universiti.
Sesi ini dimulakan dengan ucapan aluan oleh YBhg. Prof. Dato’ Dr. Roslee Rajikan, Pro Naib Canselor (Strategi & Kewatanan) merangkap Pengarah Pusat Strategi UKM dan diteruskan dengan taklimat bengkel oleh Prof. Madya Dr. Mohd Zakree Ahmad Nazri Timbalan Pengarah Eksekutif (Data Strategik) Pusat Strategi UKM.