Lawatan Penandaarasan Kagawa Nutrition University, Japan ke Universiti Kebangsaan Malaysia

Lawatan Penandaarasan Kagawa Nutrition University, Japan ke Universiti Kebangsaan Malaysia

YBhg. Prof. Dato’ Dr. Roslee Rajikan, Pro Naib Canselor (Strategi & Pembangunan Korporat) telah menerima daripada lawatan penandaarasan daripada Kagawa Nutrition University, Japan hari ini.

Delegasi Kagawa Nutrition University, Japan diketuai oleh Prof. Dr. Shigeho Tanaka, Head, International Affairs Faculty of Nutrition Sciences, Kagawa Nutrition University dan PM Dr Masaharu Kagawa, Timbalan Pengarah, Institut Sains Pemakanan.

Turut serta dalam sesi kunjungan ini adalah YBrs. Prof. Dr. Poh Bee Koon, Ketua Kluster Kesihatan dan Perubatan Termaju, PM Dr Nik Shanita Safii, Pengerusi Pusat Kajian Kesihatan Komunit (ReaCh), Fakulti Sains Kesihatan dan beberapa ahli program pemakanan dan dietetik serta wakil dari fakulti pendidikan dan UKM Global

Lawatan delegasi ini mempunyai potensi besar dalam memupuk kerjasama dan sesi pertukaran pengetahuan khususnya dalam bidang penyelidikan. Penerokaan kolektif sempadan baharu ini adalah usaha kolaboratif dalam menangani isu penting yang memberi kesan kepada komuniti dan landskap global. Lawatan turut membincangkan tentang aspek mobiliti pelajar antara kedua institusi ini.