Majlis Anugerah Bitara UKM 2023

Seramai 43 warga Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dinobatkan sebagai pemenang dalam 16 kategori individu dan kumpulan pada Majlis Anugerah Bitara UKM 2023.

Majlis ini merupakan tanda penghargaan universiti kepada kecemerlangan staf dan jabatan dalam bidang akademik, penyelidikan, pengantarabangsaan, penjanaan dan pembangunan modal insan.

Majlis disempurnakan dengan penyampaian anugerah oleh Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti (LPU) UKM, Prof. Emeritus Dato’ Dr. Mohamad Abd. Razak, Naib Canselor, Prof. Dato’ Gs. Ts. Dr. Mohd Ekhwan Hj Toriman diiringi oleh Pro Naib Canselor, Strategi dan Pembangunan Korporat, Prof. Dato’ Dr. Roslee Rajikan dan Ahli Lembaga Pengarah UKM, Dato’ Dr. Zaidi Md. Zain Zakaria.

Prof. Emeritus Dato’ Dr. Mohamad Abd. Razak, merakamkan setinggi penghargaan kepada semua pemenang anugerah atas usaha dan komitmen dalam menjayakan semua agenda pembangunan dan pemerkasaan universiti.

Hadir sama, ahli-ahli LPU; Timbalan-timbalan Naib Canselor, Barisan Pro Naib Canselor dan Pengurusan Tertinggi UKM.