Pelancaran Kampus Tanpa Tunai
Prof. Dato’ Gs. Ts. Dr. Mohd Ekhwan Hj. Toriman, Naib Canselor UKM telah merasmikan Majlis Pelancaran Kampus Tanpa Tunai yang diadakan di Persada Canselori pada 30 Januari 2023.
Majlis yang dianjurkan dengan kerjasama antara Jabatan Bendahari UKM dan Pusat Pengurusan Penjanaan ( JANA@UKM) ini adalah bagi menyambut baik hasrat Kementerian Pengajian Tinggi dalam usaha mengadaptasi konsep kampus digital di setiap universiti awam negara. Di peringkat UKM, inisiatif ini mewajibkan semua premis perniagaan melaksanakan kampus tanpa tunai bermula 1 Februari 2023. Salah satu matlamat dibawah usaha kampus digital adalah melalui pelaksanaan kampus tanpa tunai yang menerapkan pembayaran tanpa tunai dalam kehidupan pelajar di kampus. Usaha ini turut direalisasikan dengan kerjasama bersama pihak luar seperti Paynet Sdn Bhd dan pihak bank tempatan.
Antara yang turut hadir ialah Prof. Madya Dr. Mohd Suzeren Md Jamil, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni; Prof. Dato’ Ts. Norazah Mohd Nordin, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Jaringan Industri dan Masyarakat; En. Mohd Azli Mohd Kasirun, Bendahari; Cik Rohaya Omar, Pustakawan dan Prof. Dr. Norhamidi Muhamad, Pro Naib Canselor Penjanaan dan Prasarana.