Pencalonan Anugerah Bitara UKM 2023 (Penilaian 2022)

Sukacita dimaklumkan pencalonan bagi Anugerah Bitara UKM 2023 (Penilaian 2022) telah dibuka. Anugerah Bitara UKM merupakan program tahunan Universiti yang memberikan pengiktirafan kepada staf dan Pusat Tanggungjawab (PTj) dengan mengambil kira pencapaian prestasi berkualiti dalam pelbagai aspek dan bidang.

Sehubungan dengan itu, Pusat Strategi UKM dengan sukacitanya mempelawa Warga UKM dan PTj yang berminat dan layak untuk menghantar pencalonan bagi Anugerah Bitara UKM 2023. Borang dan maklumat lanjut boleh didapati di laman sesawang Pusat Strategi UKM dan lampiran poster di bawah.

Tarikh tutup pencalonan adalah pada 21 Mei 2023.

Sekian, terima kasih.

Penganjur/Penganjur bersama: PUSAT STRATEGI UKM

Url: https://www.ukm.my/strategi-ukm/anugerah-bitara-ukm/Â