PERTANDINGAN FOTOGRAFI UKM: UNIVERSITI WATAN

Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Strategi UKM menganjurkan Pertandingan Fotografi UKM: Universiti Watan sebagai salah satu usaha untuk mempromosikan UKM sebagai sebuah Universiti Watan.

Penganjuran pertandingan ini juga adalah bersempena dengan Hari Informasi Pusat Strategi UKM yang akan diadakan pada bulan November 2024. Tarikh tutup penyertaan adalah sebelum atau selewatnya pada 28 Oktober 2024 (Isnin) jam 5.00 petang.

Bersama-sama ini disertakan poster berserta syarat & kriteria untuk rujukan dan hebahan kepada warga dan pelajar UKM yang berminat. Sebarang pertanyaan berkaitan pertandingan boleh menghubungi Encik Barudin Baharin di talian 03-8921 4812 atau Puan Rasyidah Mohamed di talian 03-8921 3885.

Sekian, terima kasih.

Similar Posts