Perasmian Taman Ilmu di Program Jelajah Alam Taman Ilmu (J.A.T.I)

Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Jaringan Industri dan Masyarakat, Prof. Dato’ Ts. Dr. Norazah Mohd Nordin merasmikan dan menyertai Program Jelajah Alam Taman Ilmu (JATI) serta merasmikan Taman Ilmu yang berkonsepkan kebun dalam bandar yang dibina di aras 3 Bangunan Canselori.

Program JATI ini disertai oleh 186 warga UKM, merupakan aktiviti berjalan kaki bermula daripada Bangunan Canselori sehingga Perpustakaan Tun Seri Lanang (PTSL). Ia bertujuan untuk membudayakan amalan kelestarian dan sebagai tanda sokongan terhadap usaha ke arah matlamat pembangunan lestari (SDG).

Program yang dianjurkan oleh Pusat Strategi dengan kerjasama Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Pusat Alumni, Pusat Karier, Kelab Myagrosis dan Kelab Rakan Taman ini turut dihadiri oleh Pro Naib Canselor (Strategi dan Pembangunan Korporat), Prof. Dato’ Dr. Roslee Rajikan, Pro Naib Canselor (Penjanaan dan Prasarana), Prof. Dr. Norhamidi Muhamad, Bendahari, Encik Mohd Azli Kasirun, pengarah-pengarah pusat tanggungjawab dan pegawai kanan universiti.