Lawatan Kerja Menteri Pendidikan Tinggi Ke UKM
YB Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pendidikan Tinggi telah meluangkan masa bagi menghadiri lawatan kerja ke Universiti Kebangsaan Malaysia pada 26 Januari 2023. Lawatan kerja ini sebagai tanda sokongan penuh yang diberikan oleh pihak KPT dalam usaha memberi galakan kepada penghasilan penyelidikan yang lebih berkualiti serta pengukuhan hubungan baik antara UKM dan industri.