Selamat Hari Penyu Sedunia 2024
Hari Penyu Sedunia diadakan bertujuan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan melindungi dan meraikan habitat penyu yang semakin pupus di seluruh dunia.
Sambutan yang diraikan pada tanggal 23 Mei setiap tahun itu juga bertujuan meningkatkan kesedaran orang ramai tentang kepentingan penjagaan kebersihan ekosistem di laut dan pantai demi menjaga kelestarian penyu.
Oleh itu, sama-samalah kita memulihara spesies terancam ini dengan menjaga persekitaran pantai dan laut yang selamat dan kondusif.
Selamat Hari Penyu Sedunia!
Ikhlas daripada Pusat Strategi UKM