SESI PERKONGSIAN ANUGERAH TOKOH AKADEMIK BAHASA MELAYU

Sukacita dimaklumkan pencalonan untuk Anugerah Tokoh Akademik Bahasa Melayu & Anugerah Tokoh Harapan Akademik Bahasa Melayu telah dibuka pada 31 Mac 2023 hingga 2 Jun 2023 walau bagaimanapun borang pencalonan yang telah lengkap diisi harus dikemukakan kepada Pusat Strategi UKM selewat-lewatnya pada 19 Mei 2023 untuk tujuan penyelarasan.

Sehubungan dengan itu, Pusat Strategi UKM sebagai sekretariat anugerah di peringkat UKM menjemput semua warga UKM yang berminat untuk turut serta ke sesi perkongsian akan diadakan untuk membantu calon dalam proses mengisi borang permohonan. Butiran adalah seperti yang berikut:

Tajuk : Sesi Perkongsian Anugerah Tokoh Akademik Bahasa Melayu
Tarikh : 17 April 2023 (Isnin)
Masa : 9.00 pagi
Platform : Zoom https://shorturl.at/gjmCH
Penceramah : YBhg. Prof. Dr. Zafir Khan Bin Mohamed Makhbul,
Penerima Anugerah Tokoh Akademik Bahasa Melayu 2021

Untuk pertanyaan lanjut mengenai Anugerah tersebut, sila hubungi Puan Nurul Amalina Abdul Rahman di talian 03 8921 5234 atau melalui e-mel amalinarahman@ukm.edu.my

Sekian, terima kasih